setelah 33 tahun...berjejak kasih bersama mesej didalam botol

>> Wednesday, April 28, 2010


gambar kiri olivier bersama anak lelaki beliau manakala gambar kanan olivier diatas kapal keluarganya bersam ayahnya

salam semua.saya telah terbaca tajuk ini di kosmo online.Ini berita versi inggeris yg saya peting dari laman "what on xiamen" .Setelah 33 tahun seorang dari lelaki BELGIUM telah menemui kembali botol yang dibuang ke laut yang mengandungi mesej yg ditulisnya diatas kertas yang dikoyak daripada buku latihan sekolahnya ketika berlayar bersama keluarganya di perairan BRITAIN. Pada ketika itu beliau hanya berumur 14 tahun. Namun setelah masa berlalu seorang wanita BRITAIN telah menemui botol tersebut di pantai di Swanage, Dorset dan telah berjaya menjejaki OLIVIER melalui laman sosial FACEBOOK. Beliau amat terkejut dengan pertemuan ini kerana menyangka btol itu telah terbenam didalam pasir di mana-mana pantai dan akibat ombak dan ribut. Ikuti berita penuh di

Olivier Vandevalle's message in bottle shows up 33 years later, but on Facebook - What's On Xiamen
Pengguna facebook jejaki pemilik botol via Kosmo.online

facebook ni banyak kebaikan dan keburukannya. Yang bergaduh sesama Manusia, sesama bangsa & agama pun ada, manakala yang mencari kawan,kekasih, jodoh amat banyak..hehe..macam-macam ragam.

entri kali ini menarik kerana jika kita sedar surat adalah cara menghantar mesej atau pesanan yang telah lama dipraktikkan didunia sejak azali lagi.Surat dihantar melalui pelbagai cara tetapi memakan masa yang amat panjang untuk sampai ke pembacanya. sehinggakan 33 tahun lamanya.haha.tetapi pada zaman kini mesej atau pesanan di alam maya seperti YM,FB,FS,Email, dan sebagainya dapat dihantar kepada pembacanya dalam masa beberapa milisaat walaupun merentasi benua. Sebagai contoh saudara Long Hafiz boleh menyampaikan berita dari kota LONDON dalam beberapa detik sahaja. Tetapi semakin pantas dunia semakin hilang kesabaran kita.haha. Kita akan hilang sabar jika kekasih hati kita lambat membalas SMS di telefon bimbit. dan disebabkan hal ini kita akan bergaduh besar dan berpisah serta bercerai berai. Tetapi jika kita lihat nenek moyang kita dahulu. Bercinta hanya melalui surat. Sepucuk surat untuk sampai kepada kekasih hati memakan masa berbulan-bulan. Tetapi mereka tetap sabar menanti dan akhirnya berkahwin dan berbahagia sehingga ke anak cucu cicit dan ke akhir hayat mereka.

jadi, adakah kecanggihan teknologi adalah punca keruntuhan rumah tangga???(haha..xdak kena mengena dengan tajuk)
renung-renungkanlah..
selamat beramal.

wassalam..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

retro love peace

marilah kita semua bersatu

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP